- eh REMEH lah
- oops saya mengikut aliran sains, tak perlu menulis sebagaimana aliran sastera
- Saya dah tak jawab exam B. Melayu, tak perlu menitik beratkan penulisan karangan
- Tulis ringkas pun orang faham jugak
- Malas nye nak menulis.
SEKARANG? saya berdoa semoga saya sentiasa beristiqamah menulis.KENAPA MAHU BERUBAH?pertama saya menyedari cara penulisan adalah lambang personaliti diri. mana mungkin saya membentuk personaliti yang hebat seandainya gaya penulisan saya sendiri sukar difahami oleh orang lain. Hebat bukan untuk riak tetapi cukup untuk dilayan sebagai manusia yang berilmu. kedua dunia saya adalah dunia Gedung ilmu. saya klasifikasikan kerjaya saya sebagai menyampai maklumat. Maklumat adalah ilmu. oleh yang demikian bagaimana pendengar mahu menerima maklumat sekiranya penyampai menyampaikan maklumat menggunakan bahasa yang salah, kucar kacir dan tidak telus? Maka seharusnya seorang penyampai berusaha sedaya upaya untuk membantu pendengar memahami maklumat dengan cara yang betul dan teratur. Ketiga, penulisan yang baik mampu memberi aura yang positif terhadap pembacanya. InsyaAllah sekiranya berjaya memberi teladan dan panduan, sudah tentu pahala menanti. Saya mahukan Pahala tersebut!! Secara tidak langsung saya mahu menghapuskan stigma yang saya nyatakan di atas. Sekurang-kurangnya bait-bait kata yang saya nukilkan dapat meningkatkan keyakinan serta kemahiran menterjemah satu perkara dalam bentuk tulisan yang mampu difahami secara keseluruhannya dan jauh sekali sebagai perosak bahasa. sekiranya ada individu yang bersikap seperti saya, mari kita berubah. Cukup-cukuplah!
No comments:
Post a Comment