Friday, 20 April 2012

nukilan 'GORI'..:)

assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahmin. dimulakan dengan satu doa yang mustajab, mudah dipraktikkan dan ringkas untuk disebut. sehingga sampai waktu ini baru saya mengetahui bahawa doa yang paling mudah dan mustajab untuk dipohon adalah kalimah 'salam sejahtera ke atas mu'. Idea ini telah dirujuk kepada kata-kata nasihat yang diberikan  oleh seorang ustazah yang semakin lama semakin saya kagumi iaitu Ustazah Norhafizah. Beliau telah menegaskan dalam satu slot rancangan di radio IKIM bahawa kalimah tersebut adalah doa yang paling agung untuk di pohon oleh umat Islam terutamanya untuk orang yang paling kita sayangi samada anak, ibu, suami, isteri, bapa mahupun adik beradik yang lain. Alhamdulillah satu input baru telah diperolehi. Maka biasakan diri kita untuk mengUcapkan salam dengan penuh ketulusan;)


p/s:GORI- dialek masyarakat kelantan & Terengganu yang bermaksud yang PERTAMA.

No comments:

Post a Comment